Monday, February 28, 2011

People, Places & Things 3 (Part 1: "Baik Punya Plan")

Lokasi: Surau Sirotol Mustaqim, Kampung Pening Kepala

Masa: Khamis (malam Jumaat), jam 9.00 malam

Surau sedikit sesak. Ramai penduduk kampung dan kanak-kanak datang. Sudah menjadi rutin biasa penduduk kampung untuk mengimarahkan surau pada malam Jumaat dengan bacaan tahlil dan Yasin. Tapi, bilangannya tidak seperti malam ini. Malam ini jumlahnya 3 kali ganda daripada malam Jumaat biasa. Pun begitu, ada jugak yang tidak datang ke surau malam ini, tidak mahu terlepas cerita Puaka Niyang Merempit (cerita seram bersiri, setiap malam Jumaat di TV 3 Suku).

Seperti biasa, Imam Veteran mejadi tekong. Lebai Pencen juga ada. Siak Kampung sibuk menyediakan makan-minum di dapur surau. Ada kopi pekat, teh tarik dan teh cair. Selalu, kalau minggu-minggu biasa, cuma ada teh cair dan biskut kering. Terkadang ada bubur kacang, roti canai, nasik lemak, pulut durian, pisang emas dsbg. Itu pun hasil sponsor penduduk yang sedikit berada. Tapi malam ni agak istimewa. Ada Nasik Beriyani Gam. Hasil sponsor Datuk K dan Kak Limah (Pemenang anugerah Bulan Popuar Berita Hairan). Itu yang menyebabkan surau sedikit sendat dan Siak Kampung tak menang tangan mengurus makan-minum. Tidak jauh dari dapur, kelihatan beberapa kanak-kanak berlari memekak, berkejar-kejar sesama mereka. Siak Kampung naik angin bila budak-budak itu berlari-lari di kawasan dapur surau, hampir terlanggar air yang dibancuhnya. Tambah pula, ketika itu, para jemaah sedang khusyuk membaca Yasin & Tahlil. Diherdiknya mereka. Sempat dia mencekup 3 orang budak.

Siak Kampung: Ngkorang lagi! Tak serik-serik lagi rupanya ye?. Dah berapa kali aku nak bagitau! Jangan buat bising kat surau ni. Tak reti-reti jugak! Ngkorang ni tak paham bahasa ke apa?. Mak-bapak tak ajor ke? (Siak kampung berleter sambil memulas telinga ketiga-tiga budak tersebut, Mamat, Meon & Puad. Ketiga-tiga mereka berdiri mematung di hadapan Siak Kampung. Tak berani bersuara)

Siak Kampung: Dah la bising, ni berlari keliling dapur sampai nak terlangar ayor yang aku bancuh pulak tu. Heiii, mau aku luku sekor-sekor karang ni baru tau! (Siak Kampung mengangkat senduk air sambil mengacah-acah mahu mengetuk kepala ketiga-tiga mereka)

Siak Kampung: Dah! aku tak mau tengok muka ngkorang berlari-lari memekak kat dapur ni lagi. Pegi masuk dalam surau ikut baca Yasin tu (Siak Kampung menjuihkan bibir mengarahkan mereka bertiga masuk ke dalam surau)

Mamat: (Bebisik kepada Meon & Puad) Pssst...die tak baca Yasin pun! (Merujuk kepada Siak Kampung. Meon & Puad sedikit tergelak. Ketika itu Siak Kampung menoleh ke belakang, menghadap jag teh tarik yang hampir tumpah dilanggar mereka tadi)

Siak Kampung: Apa ngko cakap tadi? Cuba ngko ulang sekali lagi? Ngko ingat aku tak dengor ape yang ngko bisik-bisik tadi! Tua-tua aku ni pun, telinga aku Ok lagi tau. Meh sini ngko! (Siak Kampung bertambah bengang bila budak-budak tersebut mengatanya)

Mamat: Eh, mane ade Tok. Kitorang tak cakap ape-ape pun (serentak Meon & Puad mengangguk-angguk setuju, menyokong rakan mereka Mamat)

Siak Kampung: Kurang ajar! Berani menjawab pulak tu! Ni ha ambik ni (Siak kampung pantas meluku kepala ketiga-tiga mereka menggunakan senduk air yang ada ditangannya)

Siak Kampung: Nah, baru ngkorang rasa! Tak reti nak hormat orang tua langsung. Lain kali jangan pandai-pandai nak menjawab!. Dah, pegi masuk surau. Basuh kaki tu dulu. Heii.. perangai macam setan!

(Mamat, Meon & Puad bergegas ke tempat wuduk, membasuh kaki and naik masuk ke dalam surau. Mereka bertiga duduk di saf yang paling belakang sekali. Rasa sakit akibat diluku tadi terasa derdenyut-denyut. Meraka bercakap-cakap sesama mereka)

Puad: Ni semua ngko la punya pasal. Tengok! Dah benjol kepala aku. Sakit tau!

Meon: Ngko la Mat. Kan aku dah cakap jangan pegi kat dapur tu. Ngko degil! Tengok, kami jugak yang kena.

Mamat: Eleh, korang pun sama. Apesal bile aku ajak main korang ikut. Padan la muka korang. Ha ha ha...

Puad: Tak guna punya kawan!........ Tapi aku bengang betul la dengan Tok Siak tu. Sedap-sedap je die ketok kepala kita pakai senduk. Apa, die ingat kepala kita ni drum?

Mamat: Betul betul. Aku pun geram ni. Rasa macam nak gaduh je dengan die.

Meon: Rilek-rilek. Cool boy. Aku ada baik punye plan!

Mamat: Plan ape Meon? Ngko jangan... nanti kena luku lagi. Aku tak nakkk.

Meon: Ala...rilek bro. Bukannye teruk sangat pun. Cuma nak kasi gempar sikit je.

Puad: Ape plan ngko Meon?

Meon: Macam ni (Mereka bertiga berkumpul rapat sambil Meon berbisik tentang rancangannya). Amacam?

Puad: Orait! Ok jugak tu. Kita kasi gempar sikit orang kampung!

Mamat: Cayalah!

(Mereka bertiga terus berborak sehingga para jemaah selesai membaca Yasin & Tahlil. Dari jauh Siak Kapung memerhati gelagat ketiga-tiga mereka. Selesai jamuan, mereka bertiga bergegas pulang ke rumah. Esok pagi mereka mahu bagun awal, ada baik punya plan yang mahu dilaksanakan).

-To be continued on Part II-

No comments:

Post a Comment